Thursday, December 10, 2009

UNSPIN: Cina PKR ikut bertakbir, Cina DAP halang takbir



Wakil rakyat bukan Islam PKR takbir raya

IPOH 4 Dis. - Belum pun reda isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, kini wakil rakyat bukan Islam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mengaku beliau pernah bertakbir raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata, perbuatan tersebut dilakukan sehari sebelum Aidilfitri lalu.

"Memang saya pernah ikut bertakbir sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Tetapi saya tak pasti gambar itu ada dalam Youtube atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas rakaman video di laman Youtube yang menyiarkan dirinya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat bersama-sama sekumpulan lelaki Islam bertakbir raya dalam sebuah majlis hari raya di sebuah rumah.

Difahamkan, sebelum ini, ada individu tertentu menyebarkan gambar-gambar Ming Kai bertakbir dari rumah ke rumah di sekitar bandar raya ini semasa hari raya Aidilfitri lalu.

Terdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Mohd. Khusairi Abdul Talib ketika mendedahkan perkara itu menyifatkan ia sebagai tindakan memperalatkan Islam untuk meraih sokongan orang Melayu.

"Banyak tindakan pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR sebelum ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan melibatkan diri dalam aktiviti agama Islam.

"Terbaru, dalam video yang disebarkan di Youtube, ADUN Simpang Pulai memakai baju Melayu serta bersongkok turut bertakbir dalam satu majlis di sebuah rumah," katanya.

Menurut beliau, semakin ramai pemimpin bukan Islam berani mempermainkan Islam kerana tindakan mereka disokong rakan-rakan Islam pakatan pembangkang.

"Mereka tidak lagi menghormati sensitiviti umat Islam dan sanggup memperalatkan Islam kerana semakin terdesak untuk memenangi semula sokongan orang Melayu," katanya.
Pada Hari Raya Aidil Fitri yang lepas, berlaku sebuah Masjid di Sungai Rambai, Bukit Mertajam Pulau Pinang ditahan bertakbir. Adat Masjid ini adalah mengamalkan takbir satu malam pada malam raya Aidil Fitri. Mereka telah diarah polis yang diperintah oleh pihak tertentu yang didapati adalah kaum Cina DAP.

Demi politik, mereka ini sanggup berpura-pura mendekatkan diri dengan orang Melayu Islam tapi sebenarnya mereka membenci Islam. Semasa tenagh mengambil hati orang Melayu, mereka boleh mempersoalkan status dan hak agama Islam sebagai agama Persekutuan dan hak keistyimewaan orang Melayu.

Jangan tertipu!

No comments:

Post a Comment