Wednesday, October 28, 2009

SEBAGAI PRESIDEN PAS- HAJI HADI GAGAL

Pergolakan dalam PAS sekarang ni nampaknya menuding jari kepada Tuan Guru Haji Hadi yang pada pendapat Pak Ngah telah gagal sebagai presiden kerana gagal mengawal cerdik cerdik pandai seeperti Tok Guru yasng maksum itu dan lain lain pemimpin muda didalam parti seperti Hassan Ali, Nasharuddin Mad Isa dan beberapa orang lagi yang berfikiran terbuka yang telah berjaya secara tidak langsung membuka PAS kepada orang bukan Islam. tetapi orang orang konservatif seperti Tok Guru dan orang -orang kanan nya merasa tergugat dengan kelibat angkatan muda ini. oleh itu Tok Guru mahu menyingkir mereka ini . tetapi Hji Hadi tak sedar perkara ini berlaku, tak tau lah kenapa, mungkin kerana Haji hadi sendiri sibuk dengan tugas tugas nya di Rusila dan terengganu, sehingga tak sedar yang Tok Guru dah naik angin dan adad kumpulan yang nak buat coup de tat.
nampaknya ketokohan pemimpin PAS ini sekarang nya tergugat , Tok Guru mungkin mengahala pedang nya ke leher Haji Hadi yang di anggap tidak sensitif terhadap pergolakan cadangan kerajaan perpaduan dengan BN/UMNO dan tanggapan yang Haji hadi tidak dapat mengawal tingkah laku Tok Guru yang telah banyak bertindak seolah olah dia lah presiden PAS. Tok Guru kesana ke sini dan di beri sambutab ramai tetapi buila Haji Hadi turun, cuma beberapa kerat yang hadir. Oleh yang demikian , Tok Guru sanggup mencemar duli hingga ke kuil Cina dan Hindu, yang mana Haji Hadi tak sanggup menjual maruah dan kesana. Haji Hadi juga di lihat sebagai gagal memberi maklumat jelas kepada Tok Guru mengenai soal kerajaan campuran yang dia sendiri cadangkan dan terakhir Haji Hadi dilihat sebagai TAKUT kepada Tok Guru. ini lah yang paling jelas . tak Guna jadi Presiden jika takut kepada orand lain.

No comments:

Post a Comment