Friday, October 23, 2009

Tok guru lwn Tuam Guru

napak gaya tsunami bagan pinang bukan saja melekat di PKR tapi PAS pun terkenan calit juga . Hari ini Malaysiakini melaporkan bahawa Tok guru kita nak panggil EGM nak bincang pasal kepimpinan parti yang pada anggapan nya tidak efektif. Pendek kata Tok Guru tak berapa suka cara Tuan Guru Haji Hadi nenerajui PAS. bikan itu saja , Tok Guru nak buang semua pemimpin yang tak sebulu dengan beliau seperti Timbalan Presiden PAS Nasharuddin mad Isa dan beberapa orang yang lain termasuk Mahfuz dan Mat Sabu. Salahuddin Ayob pun termasuk dalam list orang yang Tok Guru nak buang . Terkejut juga Pak Ngah , kalau lah depa depa ni di tendang keluar PAS , sudah tentu PAS akan kehilangan banyak pak turut yang begitu taksub dengan perjuangan PAS ketika ini.
Mungkin Tok Guru dah buat perhitungan yang depa depa ni satu hari akan merosakkan PAS dan mungkin depa ini akan menentang kepimpinan Tok Guru. Kalau macam ni lah dia nak buat lebih baik Tok Guru sendiri yang jadi presiden PAS. Kan baik macam tu , tak payah nak berlaga angin kagi dengan orang lain. boleh Tok Guru turunkan fatwa ikut suka hati tanpa perlu rujuk kepada presiden parti.
elok sangaty lah Tok Guru, lebih baik Tok Guru ambil alih dari Haji Hadi, kerana nampaknya Haji Hadi dah tak mampu macam dulu lagi, orang utara kata dah kurang menyengat!
Pak Ngah nak sokong penuh tindakan murni Tok guru ni , memang taidak ada cara lain lagi .....!!!! cuma Pak Ngah nak tanya bila tu Tok Guru nak buat EDM ni? Pak Ngah boleh beri bantuan teknikal secara percuma ....!!!????

No comments:

Post a Comment