Fuad Zarkashi kata Anwar ada pengaruh dalam PAS ! betul ker tu? jika di lihat dari berbagai sektor dan korner , nampaknya mungkin ada> pertama krisis dalaman Pas sekarang ni adalah di tuding kepada Hassan Ali , orang yang Anwar tak percaya dari dulu lagi. sorang lagi Nasharuddin Mad Isa , orang yang bersetuju untuk bergabung dengan UMNO /BN, perkara yang Anwar tak mahu berlaku, dan haji Hadi sendiri, orang yang boleh mencabar Anwar untuk jadi Perdana Menteri. haji Hadi terang-terang dah kata yang dia juga layak jadi PM sebab dia pemiimpin sebuah parti yang ada majoriti besar dalam parlimen, bukan nya PKR . Jadi Anwar lihat ini sebagai ancaman kepada cita cita nya.
tak silap jika kita anggap yang Anwar ada pengaruh dalam PAS dengan mengurut mengurut Tok guru . tok guru pulak di ajukan yang geng muda termasuk Haji Hadi nak ketepikan pengaruh beliau dalam parti. tak hairan lah jika tiba tiba saja Tok Guru melenting dengan Hassan Ali dan Nasharuddin.
kalau lah berlaku kerajaan perpaduan antara Pas dan BN , yang akan menangis kuat adalah Anwar , kerana PKR tanpa PAS tak boleh dapat majoriti dalam dewan rakyat. kalau lah dengan DAP saja , harapan nak jadi PM tinggal angan angan sajalah kerana Anwar sendiri tak percaya pada DAP akan menyokong nya kerana Lim Kit Siang pun nak jadi PM.
oleh yang demikian kerajaan perpaduan UMNO/Pas hendaklah di gagalkan, itulah apa yang Anwar tengah lakukan dengan meracuni fikiran Tok guru. sekarang ni Tok Guru percaya penuh yang ada orang yang nak ketepikan dirinya kerana menentang kerajaan perpaduan.
satu lagi perkara yang perlu umum tahu ialah Haji Hadi dan Kit Siang tahu siapa Anwar sebenarnya , sebab itu lah mereka berhati hati.
mari lah kita sama sama lihat sama ada berita ini benar atau tidak .......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment